Kanak-kanak perempuan 12 tahun hilang selepas turun ambil makanan dari kereta | The Reporter

Kanak-kanak perempuan 12 tahun hilang selepas turun ambil makanan dari kereta

Sumber Gambar: Polis Klang Selatan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan berumur 12 tahun dilaporkan hilang oleh ibunya.

Madrafataha Indal Bangsawan dikatakan hilang selepas turun mengambil makanan daripada kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1 di Klang, pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.59 malam, Selasa.

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan warga tempatan turun ke tempat parkir selepas disuruh ibunya untuk mengambil makanan dalam kereta sekitar jam 2.20 petang.

“Kanak-kanak tersebut turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari kanak-kanak itu tetapi tidak menemuinya.

“Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis,” katanya.

Madrafataha yang berbadan kurus, berkulit cerah dan berketinggian 150 sentimeter dilihat kali terakhir berpakaian baju t-shirt berwarna hijau dan berseluar ‘track’ hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Polis Klang Selatan

Related Posts