Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
CHINA – Seorang kanak-kanak melecur di beberapa bahagian badannya selepas seorang pelayan restoran secara tidak sengaja tertumpah sup panas dari periuk yang dibawanya.
Pemilik restoran itu kemudian datang dan menjelaskan apa yang berlaku. Katanya, sup dalam periuk yang dibawa oleh pekerjanya itu tidak begitu panas kerana mereka mengambil sup itu dari periuk asal dan dibiarkan seketika sebelum dibawa ke belakang untuk kegunaan yang lain.
Netizen juga mengecam tindakan pelayan terbabit yang tidak berhati-hati ketika membawa periuk tersebut. Namun, ada segelintir yang berkata pelayan terbabit tidak bersalah, sebaliknya pemilik restoran yang sepatutnya dipersalahkan kerana gagal memastikan premisnya bersih sehingga mengabaikan aspek kebersihan pada lantai yang akhirnya menyebabkan pekerjanya tergelincir dek lantai yang berminyak.














