Kanak-kanak cedera di tangan & kaki, disyaki ditikam ibu kerana enggan bantu buat kerja rumah - The Reporter

Kanak-kanak cedera di tangan & kaki, disyaki ditikam ibu kerana enggan bantu buat kerja rumah

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Seorang wanita disyaki telah mencederakan anak lelakinya dengan sebilah pisau gara-gara tidak mahu membuat kerja rumah.

Dalam kejadian yang berlaku di Changkat Gombak Jumaat lalu itu, mangsa yang berusia 12 tahun cedera di tangan dan kaki melarikan diri sebelum diselamatkan jiran yang menghubungi pihak polis.

Polis menahan wanita terbabit selain turut merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis menahan wanita itu pada jam 1 pagi Sabtu.

Siasatan terhadap wanita berkenaan, dia mengaku memarahi anaknya kerana tidak membantu dalam urusan kerja rumah.

“Dalam pertengkaran itu, pisau sayur yang dipegang terkena anak menyebabkan cedera di tangan dan kaki.

“Mangsa dihantar untuk rawatan dan mendapat antara empat hingga lima jahitan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!