Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia, disyaki didera oleh ibu dan bapa angkatnya di Taman Malcop, Silibin.
Menurut sumber, mangsa tinggal bersama pasangan berkenaan sejak dua bulan lalu.
Seorang jiran berdekatan, Mohd Zezeli Abdul Latif, 58, berkata dia dan isterinya sering mendengar jeritan dan tangisan dari rumah tersebut sejak April lalu.
Tak ramah dengan jiran tetangga
“Kami hanya tahu mereka duduk berdua selepas kami terdengar suara kanak-kanak itu sejak dua bulan yang lalu.
“Sepanjang tempoh itu, sesekali saya dengar lelaki tinggikan suara marahkan mangsa ketika mengajar mengira dan sebagainya,” katanya.
Keluarga tersebut dikenali sebagai pendiam dan tidak ramah dengan jiran tetangga.
“Lelaki ini sudah lama tinggal di sini, sejak 10 tahun lalu, dan dia tidak pernah bersapa. Bahkan, dinding garaj rumahnya dipasang tinggi,” tambahnya.
Punca kematian akibat pelbagai kecederaan
Namun, ada jiran yang berpeluang bertemu dengan mangsa pada malam Ahad ketika membuang sampah dan mereka menggambarkan mangsa sebagai seorang kanak-kanak yang sangat comel.
Polis telah menahan pasangan suami isteri terbabit pada Isnin untuk membantu siasatan susulan penemuan kesan-kesan lebam di seluruh badan mangsa yang dipercayai akibat dipukul.
Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa turut mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul. Selain itu, terdapat juga kesan luka koyak dan lebam pada vagina dan dubur mangsa.
Sumber: Sinar Harian








