Kanak-kanak 12 tahun maut selepas minum milkshake dari blender tidak dibersihkan - The Reporter

Kanak-kanak 12 tahun maut selepas minum milkshake dari blender tidak dibersihkan

Milkshake dari blender tidak dibersihkan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas mengalami reaksi alergi teruk akibat minum milkshake yang tercemar dengan kekacang di sebuah kafe di selatan London.

Mia Shay St Hilaire mengalami kejutan anafilaksis selepas minuman yang dipesannya di Pop Inn Cafe, Southwark Park Road, dipercayai mengandungi sisa kacang hazel dan badam daripada penyediaan minuman sebelumnya dalam mesin yang tidak dibersihkan. Dia meninggal dunia di hospital pada Ogos 2023.

Kes ini kembali menjadi perhatian selepas mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas pemilik kafe, Baris Yucel, pada Januari 2025.

Pemilik kafe didenda dan dihukum khidmat masyarakat

Mahkamah Majistret Croydon menjatuhkan hukuman denda sebanyak £18,000 (RM108,000) serta 100 jam khidmat masyarakat terhadap Yucel selepas dia mengaku bersalah atas enam pertuduhan di bawah Akta Keselamatan Makanan.

Siasatan oleh pasukan keselamatan makanan Majlis Perbandaran Southwark mendedahkan rakaman CCTV yang menunjukkan Yucel tidak mencuci pengisar sebelum menyediakan milkshake Mia, menyebabkan pencemaran silang dengan bahan kekacang.

Pihak majlis menegaskan insiden ini sepatutnya boleh dielakkan jika prosedur kebersihan asas dipatuhi.

Keluarga Mia kesal dengan kecuaian kafe

Ibu bapa Mia, Adrian dan Chanel St Hilaire, meluahkan rasa kecewa atas kecuaian pihak kafe yang mengorbankan nyawa anak mereka.

“Kami memikirkan Mia setiap hari. Menyedari kematiannya boleh dielakkan dengan langkah mudah membuatkan kami lebih hancur sebagai keluarga,” kata mereka.

Satu inkues mengenai kematian Mia akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan butiran lanjut mengenai kejadian ini.

Total
0
Shares
Total
0
Share