'Kami teraniaya' - Bekas pekerja syarikat penyiaran pengacara terkenal dedah sudah beberapa bulan tak dibayar gaji - The Reporter

‘Kami teraniaya’ – Bekas pekerja syarikat penyiaran pengacara terkenal dedah sudah beberapa bulan tak dibayar gaji

Gambar hiasan, pngtree

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengacara yang dikenali sebagai Meyraa Khan mendedahkan sebuah syarikat penyiaran yang dinaungi oleh pengacara terkenal sudah beberapa bulan tidak membayar gaji pekerja.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia juga mengulas tentang hantaran di jaringan X yang tular mengenai isu yang sama.

“Gaji lambat satu bulan kita dah tahan. Tapi gaji lambat tiga bulan ni kita tak tahu undang-undang mana digunakan.

“Bukan gaji je, epf, socso, kwsp masih tertunggak. Saya sorang tak apa, tapi kalau ketua keluarga macam mana, tiga bulan tak ada gaji.

“Bantulah kami yang teraniaya dan tak terdaya ni untuk menuntut keadilan. Semoga dengan bantuan korang, mungkin kalau viral baru dibayar gamaknya (macam kes sebelum ni),” katanya.

Menerusi hantaran di X pula, bekas pekerja syarikat penyiaran itu juga mendedahkan mereka sudah membuat laporan kepada pihak KWSP dan pejabat buruh, namun tiada tindakan susulan.

Dalam pada itu juga, seorang lagi bekas pekerja di situ turut meluahkan rasa kecewa dengan syarikat berkenaan sehinggakan beliau mendakwa duit simpanan sudah habis digunakan memandangkan gaji sudah lapan bulan tertunggak.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!