Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan isu tular yang berkaitan promosi Tear & Win, jenama minuman teh terkenal, Chagee memohon maaf atas segala kesulitan.
Menerusi kenyataan di Facebook, Chagee akan menjalankan siasatan secara terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Kami memohon maaf atas sebarang kebimbangan kesulitan berhubung video tular di TikTok baru-baru ini. Tingkah laku tersebut tidak mencerminkan standard yang dipegang oleh pihak Chagee.
“Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan akan bekerjasama dengan cawangan yang terlibat untuk mengkaji semula prosedur operasi demi memastikan standard tertinggi dipatuhi,” katanya.
Sehubungan dengan itu juga, pada Disember akan datang, Chagee akan membuat gantian item fizikal kepada slip kod QR bagi memastikan proses lebih lancar.
“Chagee akan menggantikan item fizikal dalam cawan Big Big Cup dengan slip kod QR. Dengan mengimbas kod QR, pelanggan akan dapat melihat hasil cabutan bertuah selepas proses imbasan,” katanya.
Terdahulu, tular video pekerja di salah sebuah cawangan Chagee dirakam mengasingkan cawan yang berisi hadiah dan diletakkan di belakang kaunter.








