'Kami harap sangat Effzaldanish ditemui segera' - Remaja hilang, tak balik selepas tamat sesi persekolahan | The Reporter

‘Kami harap sangat Effzaldanish ditemui segera’ – Remaja hilang, tak balik selepas tamat sesi persekolahan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar tingkatan dua, Muhammad Effzaldanish Mohd Affendi, 14, dilaporkan hilang sejak kelmarin selepas tidak pulang ke rumah setelah tamat sesi persekolahan.

Kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh itu disedari oleh neneknya, Jaminah Shari, 90, yang kemudian meminta bantuan ahli keluarga lain untuk mencarinya.

Menurut sepupu mangsa, Siti Nurhaliza Mohd Asri, 25, Effzaldanish biasanya berjalan kaki ke sekolah yang terletak kira-kira 200 meter dari kediaman mereka.

Namun, pada hari kejadian, kelibatnya tidak kelihatan selepas jam 2 petang, menyebabkan neneknya berasa gelisah.

“Sejak tahu kehilangan Muhammad Effzaldanish, nenek sering menangis kerana dialah satu-satunya peneman setiap hari,” kata Siti Nurhaliza.

Rakan-rakan di sekolah dan asrama juga memaklumkan bahawa Effzaldanish tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut, menambah kebingungan keluarga mengenai keberadaannya.

Effzaldanish tinggal bersama neneknya sejak berusia tiga tahun, selepas kematian ibunya akibat kanser payudara. Bapanya pula menetap di Tampin, Negeri Sembilan selepas berkahwin lain.

“Kami harap sangat Effzaldanish ditemui segera dalam keadaan selamat,” katanya yang turut memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi keluarga atau pihak polis.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kehilangan daripada bapa pelajar tersebut pagi semalam dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Related Posts