'Kami beli rumah sekali dengan parking kereta' - Owner rumah tak puas hati digesa bayar tunggakan maintenance fees RM6,683 - The Reporter

‘Kami beli rumah sekali dengan parking kereta’ – Owner rumah tak puas hati digesa bayar tunggakan maintenance fees RM6,683

Gambar sekadar hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tinggal di kediaman kondominium tetapi culas membayar yuran penyelenggaraan menyebab pihak pengurusan terpaksa memberi peringatan tegas terhadap pemilik unit.

Namun pemilik unit yang juga pengadu, tidak berpuas hati dan mahu mengheret perkara itu ke mahkamah di mana dia menganggap tindakan pihak pengurusan yang mahu menyekat kad akses sebagai mencabuli haknya.

Difahamkan, pihak pengurusan kondominium terpaksa berbuat demikian kerana tunggakan yuran penyelanggaraan berjumlah RM6,683.78 masih belum dilangsaikan sejak beberapa bulan lalu.

“Selamat pagi, maaf mengganggu. Yuran penyelanggaraan tertunggak RM6,683.78. Sila buat pembayaran bagi mengelakkan kad akses anda disekat atau parkir kenderaan anda di luar mulai bulan depan,” mesej daripada pihak pengurusan.

Pengadu pula menegaskan mereka membeli kediaman itu bersama dengan petak parkir. Malah, menegaskan tiada dalam akta yang membenarkan pihak pengurusan berbuat demikian.

“Kami beli rumah sekali dengan parking kereta. Tiada dalam akta membenarkan pihak pengurusan management melarang pemilik rumah membawa masuk kereta dan parking kenderaan di ruang tempat letak kereta mereka.

“Saya akan gunakan mesej ini dan serahkan kepada peguam saya,” balasnya.

Gambar tular di media sosial

Gambar tangkap layar perbualan WhatsApp itu turut ditularkan di media sosial. Tetapi, netizen menasihatkan pengadu untuk membayar tunggakan itu berbanding membazir wang untuk membayar upah peguam.

“Kos lawyer ingat murah ke dik? Baik kau bayar tunggakan tu lagi senang” kata netizen di Facebook Orang Wangsa Maju.

“Dia lupa kot ada akta strata. Bayaran yuran penyelenggaraan itu wajib sebab dah tertakluk dalam S&P. Mana dia beli confident tu eh?” kata netizen lain.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!