Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kemenangan Donald Trump menewaskan pencabarnya dari parti Demokrat Kamala Harris mengundang kekecewaan ramai.
Ramai yang menjangkakan kemenangan pilih raya itu berpihak kepada Kamala Harris. Susulan itu juga, kemenangan Trump menjadi perdebatan.
Bagaimanapun, jenaka yang dibuat oleh Ronny Xin Yi Chieng, pelawak dan pelakon komedi di Amerika Syarikat yang merupakan anak kelahiran Johor Bahru menarik perhatian ramai dalam progam The Daily Show.
Ketika hos rancangan, Desi Lydic meminta untuk memberikan kata-kata semangat kepada rakyat Amerika yang kecewa dengan keputusan pilihan raya, Ronny Chieng dengan gaya bersahaja ‘memujuk’ hati mereka.
“Amerika, jika anda berasa kecewa, sedih, atau tertekan dengan perubahan yang sedang berlaku di tanah air tercinta anda, maka yang perlu anda lakukan hanyalah ini.
“Cuma lihat ke dalam hati anda, keluarkan pasport, dan balik ke Malaysia tempat asal anda sehingga Trump tamat tempoh jawatannya,” katanya.
Tindakan Chieng itu membuatkan ramai terhibur dengan lawak jenakanya.
Sekadar info, Ronny Chieng adalah seorang pelawak dan pelakon komedi yang terkenal, yang dilahirkan di Johor Bahru, pada 21 November 1985. Beliau mula dikenali kerana bakatnya dalam bidang stand-up comedy, dan kini menjadi salah seorang komedian paling popular di Amerika Syarikat, terutamanya selepas menyertai The Daily Show with Trevor Noah sebagai wartawan senior.








