Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seolah berbalas kenyataan, penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pula meminta jawapan yang jelas daripada bekas isterinya Mizz Nina tentang isu penarikan balik kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka, Musa dan inter-parte hak penjagaan sementara.
Dalam pada itu juga, Noh mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya nak tunggu jawapan dia. Kenapa dia tarik balik dan kita nak balas dan terus terang dari awal kenapa kita nak selamatkan Musa.
“Saya harap semua selesai. Benda gaduh-gaduh dari mereka, kami dari awal nak selesaikan dengan cara baik. Jadi semua selesai baik,” katanya.
Noh turut mempersoalkan tindakan Mizz Nina yang dilihat seolah takut akan bukti yang dibawanya.
“Apa yang Nina takut sangat dengan bukti yang kitorang ada? Kalau saya keluarkan, masak diorang,” katanya.
Noh turut mendakwa sebelum Mizz Nina berkahwin dengan Essam, Mizz Nina telah melarang Musa untuk memanggil Noh dengan panggilan bapak.
“Dia dah cuba putusakan hubungan tu. Hubungan bapak dengan anak ni walaupun bukan anak kandung, saya sayang dia. Saya sanggup mati dan protect dia. Dan atas sebab kebajikan saya turun bersama bukti dan terbukti semua tu adalah fitnah,” katanya.