‘Kalau rasa stress, mental tak okay, call nombor ni’ - Wanita kongsikan talian HEAL 15555, bantu redakan emosi - The Reporter

‘Kalau rasa stress, mental tak okay, call nombor ni’ – Wanita kongsikan talian HEAL 15555, bantu redakan emosi

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Kesihatan mental merupakan salah satu aspek terpenting dalam menjamin sebuah kehidupan yang lebih tenang dan aman.

Justeru itu, pada Oktober 2022, satu talian dilancarkan bagi membantu individu yang menghadapi masalah kesihatan mental untuk tampil mendapatkan bantuan awal bagi mencegah permasalahan menjadi lebih serius.

Talian HEAL ‘Help with Empathy and Love’ beroperasi bermula pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum.

Seperti perkongsian wanita ini, talian ini dikatakan banyak membantu melegakan emosinya.

Dalam perkongsian itu juga, dia menasihatkan individu di luar sana yang mengalami tekanan emosi supaya berhubung dengan kaunselor melalui talian HEAL.

“Kalau dah rasa tepu sangat, stress, rasa mental tak okay, call la nombor ni. Bercakap dengan kaunselor tu. Mana tahu membantu walaupun sedikit,” tulisnya.

Di ruangan komen, ada di antara netizen yang tidak mengetahui kewujudan talian ini walaupun sudah dilancarkan pada tahun 2022. Selain itu ada juga yang berkongsikan satu aplikasi untuk meluahkan emosi.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!