Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Isu Abang Tesla kahwin dua masih lagi hangat diperkatakan di media sosial. Semalam, timbul pula dakwaan yang mengatakan Abang Tesla mengambil keputusan berkahwin dua kerana inginkan zuriat.
Terdahulu seorang individu bertanya mengapa berkahwin dua sedangkan satu isteri sudah cukup. Pertanyaan itu dibalas dengan agak keras.
“Kalau nak bagi aku anak, meh sini. Jangan pandai sembang,” tulis Abang Tesla di ruangan komen TikTok miliknya.
Kenyataan itu sekali lagi mengundang kritikan netizen yang tanpa henti mengulas mengenai kata-katanya itu.
“Dia mengharapkan isteri pertama redha, tetapi dia sendiri tidak redha yang Allah belum hadirkan zuriat di rahim isteri pertama,” kata netizen.
“Bila dah jadi macam ni, kau nak kata isteri kau tak mampu bagi anak? Nak kata tak membelakangi isteri masa nak kahwin, habis masa kau bercinta dengan yang baru, tak membelakangkan ke?” tambah netizen lain.
Menyedari suaminya teruk dikritik di media sosial, isteri pertama tampil memuat naik kenyataannya yang mendoakan agar suami bertabah dan mengharungi semua cabaran itu.
“Stay strong BB. Hanya kita dan Allah Maha Mengetahui segalanya. Korang doakan yang baik-baik untuk kami ya,” katanya.
Sumber: Instagram