'Kalau mama takde nanti, Uzma carilah kubur mama' - Tular video wanita sedih anak angkatnya diambil secara paksa oleh ibu kandung - The Reporter

‘Kalau mama takde nanti, Uzma carilah kubur mama’ – Tular video wanita sedih anak angkatnya diambil secara paksa oleh ibu kandung

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tular video yang menunjukkan seorang wanita meratap kesedihan tidak terkata selepas anak angkatnya telah dituntut oleh ibu kandungnya tanpa kerelaan.

Pengguna TikTok, Ramannie, yang berkongsi mengenai perkara itu berkata, anak angkatnya, Uzma, telah diambil kembali oleh ibu kandungnya. Sedangkan Ramannie telah menjaga Uzma sejak lahir selama 13 tahun.

“Sakitnya ya Allah. Uzma anakku, seandainya kau nampak video mama ini, mama mau kau tahu, sayang mama dengan kau tiada tandingan,” katanya.

Menurut sumber, insiden tersebut berlaku pada hujung tahun 2023. Namun, video itu tular di TikTok yang mengundang simpati netizen.

Ada sumber lain memaklumkan, tiada sebarang dokumen hitam putih ketika Uzma diambil sebagai anak angkat, menjadi punca ibu kandungnya datang untuk menuntut semula anak perempuannya itu.

Dalam video tular itu, turut kelihatan beberapa rakan sekolah Uzma datang ke rumah Ramannie, menangis kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan Uzma yang akan tinggal bersama ibu kandungnya di daerah lain.

“Uzma, mama sayang kau nak. Nanti cari mama kalau Uzma dah besar. Kalau mama tak ada, Uzma carilah kubur mama ye nak. Mama halalkan segala-galanya sampai air susu mama,” kata Ramannie.

Situasi menjadi semakin sedih apabila Ramannie banyak berkongsi video kenangannya bersama Uzma di TikTok. Dalam satu video, Uzma dilihat tidak mahu mengikut ibu kandungnya, yang membuatkan ibu kandungnya terpaksa menarik Uzma untuk mengikutinya pulang.

Ramannie segera meminta ibu kandung Uzma untuk tidak bertindak secara kasar dan memberi ruang kepada Uzma. Malah, Ramannie sanggup melutut dan mencium kaki wanita itu, malangnya tidak diendahkan.

Beberapa hari selepas Uzma pulang ke pangkuan ibu kandungnya, Ramannie mendakwa Uzmat telah dihalang berhubung dengannya.

https://www.tiktok.com/@ramanniecakehomemade/video/7314902296498867464

“Mama sakit nak, kenapa mereka tak bagi Uzma berhubung dengan mama.

“Uzma anakku, biarpun mama hanya ibu susuanmu, tapi mama dan abah tetap rasa terlalu sakit dengan apa yang terjadi ini. Bukan mama tak reda, tetapi dengan cara begini tanpa kerelaan mu, juga tanpa mama dan abah tahu keadaanmu sekarang.

“Terlalu sakit bagi kami, terus pula pihak mereka putuskan silahturahim antara kita nak. Sakit umpama kematian tanpa jasad bagi mama. Mama hanya mampu berdoa semoga Allah pertemukan kita, permudahkan segala urusan kita.

“Ingat kenangan kita Uzma, ingat semua sayangkan Uzma. Semoga Allah beri kita kekuatan dan berjumpa semula. Tidak di dunia, di akhirat ya nak,” kata Ramannie.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!