'Kalau macam ni, bercuti kat Thailand jerla' - Netizen | The Reporter

‘Kalau macam ni, bercuti kat Thailand jerla’ – Netizen

Sumber Gambar: Forbes

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa hantaran tular mengenai keluhan netizen berkenaan dengan perubahan waktu daftar masuk dan keluar oleh pihak hotel.

Katanya kini, ada sesetengah hotel telah menetapkan waktu daftar masuk pada jam 4.00 petang dan keluar pada 11.00 pagi.

Perubahan masa berkenaan tidak memuaskan hati ramai dan menggesa supaya pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) campur tangan dalam isu ini.

“Nak rakyat support Tourism Malaysia, MOTAC kena campur tangan isu check in-check out. Check in 4pm, check out 11am bagi saya melampau.

“Atau kita kempen boikot hotel yang buat polisi ini. Siapa setuju, apa pandangan?” tulis Hakim H.

Ada yang mengatakan faktor yang menyebabkan perubahan waktu pendaftaran itu kerana pekerja-pekerja di hotel tidak mempunyai masa yang cukup untuk membersihkan bilik hotel.

Bagaimanapun, ada juga yang membandingkan peraturan yang dibuat oleh pihak hotel Hatyai yang terbuka menerima pelanggan dan tidak menerima caj bayaran lebih jika belum masuk waktu daftar masuk.

Related Posts