Baru-baru ini, media melaporkan remaja genius dalam subjek matematik, Adi Putra Abdul Ghani, meluahkan rasa kecewanya dengan sistem pendidikan di negara ini.
Dalam kenyataannya itu, Adi mengakui modul pendidikan yang diikutinya suatu ketika dahulu disifatkan sebagai gagal melonjakkan dirinya dalam pembelajaran seperti yang dicita-citakannya.
Bagaimanapun, netizen pula mempunyai pandangan berbeza mengenai isu yang melibatkan pelajar genius ini.
“Adi Putra ini sekadar tahu teknik pemudah cara untuk jawab matematik saja, bukan ada penemuan baru. Itu pun ego tak nak ambil SPM bagai.
“Kalau genius sangat, daftar saja SPM, tak perlu masuk kelas pergi sekolah bagai. Ambil peperiksaan saja. Janganlah dah gagal, salahkan sistem,” demikian tulis Zamir Mohyedin di Twitternya.
Adi Putra ini sekadar tahu teknik pemudah cara untuk jawab matematik saja. Bukan ada penemuan baru. Itu pun ego tak nak ambik SPM bagai.Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kalau genius sangat daftar saja SPM, tak perlu masuk kelas pergi sekolah bagai. Ambil peperiksaan saja.
Janganlah dah gagal, salahkan sistem.
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) November 29, 2018
“Einstein pun tak suka dengan sistem pendidikan di sekolahnya dulu. Tapi dia tetap habiskan pendidikan formal sebab dia tahu dia tak boleh pergi jauh sebagai ahli fizik kalau tiada pendidikan formal. Itu Einstein yang mampu hasilkan empat penemuan baru dalam masa setahun saja.
“Benda ini umpama perlumbaan arnab dan kura-kura. Habiskan perlumbaan itu penting, ada kelajuan yang tinggi itu kelebihan (genius).
“Tak salah ambil pendidikan formal walaupun kau genius ke, prodigi ke, bukan sedikit orang yang cemerlang dalam akademik lalui pendidikan formal. Hampir kesemua penerima Anugerah Nobel lalui pendidikan formal.
“Kau penemuan baru tak ada. ‘Brag’ genius, dah ego tak nak ambil SPM. Einstein ini macam Adi Putra juga, jenis pandai subjek tertentu saja. Adi cuma pandai matematik. Einstein cuma pandai matematik dan fizik.
“Masa di Zurich Polytechnic, semua subjek Einstein gagal kecuali matematik dan fizik. Bila Einstein gagal, dia salahkan sistem tetapi taklah ego sampai tak nak belajar subjek lain untuk dapatkan sijil/kelayakan.
“Einstein sanggup belajar subjek-subjek lain untuk dapatkan sijil kelayakan supaya dapat jadi ahli fizik. Einstein memberontak tapi masih mengikut laluan yang betul.
Kawan aku pernah pesan, kita sorang tak dapat nak ubah siatem. Jadi menteri pun susah nak ubah sistem sedia ada.Jadi, ‘survive’ la dalam sistem dan ‘excel’ la dalam sistem. Tak ada masalah pun.
Bukan sikit orang yang berjaya akademik melalui sistem pendidikan formal.
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) November 29, 2018
“Kawan aku pernah pesan, kita seorang tak dapat nak ubah sistem. Jadi menteri pun susah nak ubah sistem sedia ada. Jadi, ‘survive’ la dalam sitem dan ‘excel’ la dalam sistem. Tak ada masalah pun. Bukan sikit orang yang berjaya akademik melalui sistem pendidikan formal,” tulisnya.
Sumber: Zamir Mohyedin, Kosmo