Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan pelawak Achey meminta balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah dan adik iparnya, Ali Puteh supaya menghentikan kemelut yang tidak berkesudahan.
Kata Achey, sebaik-baiknya masalah yang belum selesai itu dinoktahkan sebelum Aidilfitri nanti.
“Pejam celik, pejam celik, sudah empat tahun arwah Abam meninggalkan kita. Anak-anak (Nor Hidayah dan Ali Puteh) juga semakin membesar dan sudah mula faham (boleh menilai).
“Kita tidak mahu tanam sifat benci pada anak-anak itu. Sebab mereka ada pertalian darah daging,” katanya.
Fikir tentang Abam
Achey turut menitipkan pesanan buat Hidayah dan Ali supaya berfikir tentang Allahyarham Abam.
“Pesanan saya pada Ali dah Nor Hidayah jika kedua-duanya memikirkan arwah, tolong hentikan apa yang tidak selesai menjelang Aidilfitri ini. Selesaikan cara baik, serta jangan diuar-uarkan,” katanya.
Dalam pada itu, Achey turut menafikan dakwaan yang menyatakan dia dan Fad hanya berdiam diri dengan kemelut yang berlaku. Bagaimanapun dia menjelaskan. mereka hanya orang luar dan tidak mahu mencampuri urusan keluarga itu.
“Senang cerita, saya dan Fad ini dikira orang luar, hal yang berlaku itu adalah hal keluarga. Siapa kami untuk mencampuri urusan mereka.
“Untuk kita nak bantu atau ziarah, kita akan tunggu semuanya selesai. Tapi kita mendoakan dari jauh semoga semua ni selesai dengan baik,” katanya.
Sumber: mstar