'Kalau benar, saya tidak akan sokong' - Shuib sedia lepas jawatan Duta KK Supermart | The Reporter

‘Kalau benar, saya tidak akan sokong’ – Shuib sedia lepas jawatan Duta KK Supermart

Gambar hiasan, sumber: Google Images

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan isu kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah, usahawan dan pelawak Shuib menyatakan dia tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pihak yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Dia juga tidak teragak-agak akan melepaskan tanggungjawab sebagai duta KK Supermart sekiranya premis berkenaan terbukti bersalah.

“Saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau memang tiada rezeki saya, maka tiadalah. Kalau ada rezeki saya, adalah.

“Tetapi macam mana pun, saya tetap kena letak pendirian bahawa saya adalah seorang Islam,” katanya.

Shuib turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai keji dan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana perniagaan.

“Apa yang berlaku itu sangat keji . Sebagai umat Islam, saya sangat terkesan dan ia tidak sepatutnya berlaku dalam perniagaan atau apa juga situasi.

“Kita akan marah kerana isu kalimah Allah ini sangat besar,” katanya.

Menunggu siasatan selesai

Bagaimanapun, Shuib menyatakan dia perlu menunggu siasatan selesai sebelum menyatakan apa-apa tindakan kerana melibatkan pelbagai pihak.

“Kalau benar, saya tidak akan sokong, saya tidak akan mengiyakan langsung. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.

“Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dilakukan. Jadi, saya tidak boleh hendak ulas lanjut kerana ini melibatkan perniagaan dan sensitiviti masyarakat.

“Saya akan berdiri sebagai seorang umat Islam di mana apabila perkara itu tidak betul, salah, dan melanggar peraturan, saya tidak akan sokong,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Related Posts