Seorang kakitangan Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ditemui tidak bernyawa di lantai pejabatnya pagi tadi, mencetuskan kejutan di kalangan rakan sekerja.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan pihaknya menerima laporan menerusi panggilan MERS 999 pada jam 10.56 pagi mengenai seorang lelaki yang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di pejabat berkenaan.
Pemeriksaan awal mendapati mangsa, berusia 45 tahun, ditemui dengan leher dan kakinya terjerut menggunakan pengikat kabel. Bagaimanapun, tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.
- PAS tuntut penjelasan penangguhan permohonan pengampunan Najib
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pendidikan anak mendiang jururawat Debra
- ‘Pintu helikopter BO-105 memang boleh ditanggalkan’ – Isteri Kapten Zainol Afiq
- Terbuang air besar ketika perlumbaan, atlet HYROX tetap habiskan saingan
- Raja Penyu kembali mendarat di Terengganu, kali ini hadiahkan’ 81 biji telur
“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
MOF dalam kenyataan berasingan turut mengesahkan insiden itu dan menyatakan keluarga waris telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa.
“Kementerian Kewangan Malaysia berdukacita atas kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa. MOF juga memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dalam siasatan yang dijalankan,” kata kenyataan itu.
Pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini. Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Putrajaya di talian 03-88862222.








