'Kagum dengan usahanya' - Netizen sebak lihat murid istimewa semangat ke sekolah | The Reporter

‘Kagum dengan usahanya’ – Netizen sebak lihat murid istimewa semangat ke sekolah

Murid istimewa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semalam dan hari ini merupakan sesi persekolahan baharu bagi Kumpulan A dan B. Bermacam-macam gelagat yang dikongsikan oleh ibu bapa semasa hari pertama persekolahan terutama sekali bagi murid-murid yang baru sahaja menjejaki sekolah kebangsaan.

Bagaimanapun, satu video yang dikongsikan oleh wanita ini menarik perhatian ramai. Anak lelaki kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Azah ini merupakan pelajar pra sekolah mengalami sindrom caudal regression (CRS).

Walaupun tidak sesempurna rakan-rakan yang lain, namun anak lelakinya yang berusia lima tahun itu kelihatan sungguh bersemangat hadir ke sekolah.

Menerusi video yang dikongsikan juga, wanita ini tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat anaknya yang mesra disapa dengan panggilan Adik.

“Hari pertama sekolah, happy je ya adik. Ibu yang nervous,” tulisnya.

Dalam hantaran lain juga, Siti Azah merakamkan wajah gembira anaknya yang memegang beg sekolah yang baru sahaja dibasuh bersama kakaknya.

Hantaran berkenaan juga telah mengundang sebak netizen dan berbangga dengan semangat yang ditonjolkan oleh anak wanita ini.

Related Posts