Hampir 30 jurugambar dikompaun
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selepas video memaparkan pasangan pelancong asing memarahi sekumpulan jurugambar jalanan tular di media sosial, pihak berkuasa bertindak pantas dengan mengadakan operasi bersepadu di sekitar KLCC malam tadi.
Lapor Harian Metro, seramai hampir 30 jurugambar jalanan dikompaun atas kesalahan menawarkan perkhidmatan fotografi kepada pelancong tanpa kebenaran. Operasi yang dijalankan oleh KL Strike Force itu disertai anggota dari PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dikompaun RM2,000
Seorang daripada jurugambar yang ditemui, enggan dikenali, mendakwa ia adalah kali pertama mereka disaman dan terkejut dengan jumlah kompaun yang dikenakan.
“Ini kali pertama, tengok dekat surat ini (kompaun) tulis kena bayar RM2,000 mana nak bayar? Kalau hari-hari kena saman, botak lah kepala saya,” katanya.
Katanya, mereka hanya mencari rezeki dan berharap akan ada jalan penyelesaian seperti pemberian lesen untuk beroperasi secara sah.

Baca juga:
- Pelajar UM maut kemalangan: Bapa rayu saksi kongsi video kejadian
- Mangsa kebakaran Putra Heights syukur terima rumah, tapi dakwa janji tak ditepati?
- Kru kabin AirAsia kini dibenarkan berhijab
Tular kerana ‘salah faham’?
Mengulas mengenai video yang tular baru-baru ini, seorang jurugambar lain mendakwa insiden itu berpunca daripada masalah komunikasi antara dua pihak.
“Ketika kejadian itu saya tiada di kawasan ini, tetapi apa yang saya dengar dari kawan-kawan kejadian itu terjadi sebab salah faham antara mereka,” katanya.
Namun katanya, mereka terpaksa menanggung akibatnya secara kolektif, “kerana nila setitik, habis semua kena.”
Difahamkan kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil 3(1), Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016 kerana menjalankan aktiviti menjaja perkhidmatan fotografi tanpa lesen menggunakan telefon pintar.
Sumber: Harian Metro, OhBulan!








