Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebelum berkahwin, semuanya nampak elok, cantik, teratur. Namun selepas kahwin, segala perangai dan sifat buruk yang tidak pernah diperlihatkan sebelum ini akan ditunjukkan sama ada suami mahupun isteri. Dalam masalah wanita ini, lebih kritikal apabila terpaksa berkongsi hidup dengan suaminya yang pengotor. Sudah ditegur, namun suaminya jenis tidak endah dan meneruskan perangainya itu tanpa mengetahui isterinya memendam rasa dalam hati.
SAYA nak tanya pendapat dengan semua orang yang sudah berumahtangga. Saya sudah berkahwin tiga tahun dan mempunyai seorang anak. Masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah, tentang suami saya. Saya minta maaf jika apa yang saya luahkan ini tidak digemari oleh sesetengah pihak.
Kalau bab kebersihan diri, jangan cakaplah. Telinga pun tak nak bersihkan. Sebulan sekali, baru bersihkan sekali. Oh mak aih, jangan cakaplah, boleh koma dibuatnya. Selepas dia selesai mengorek telinga, dia datang dan lap pada saya pula. Dalam bilik pula, dia hisap rokok. Kemudian simpan abu rokok dalam bilik banyak-banyak.









