JSJ Bukit Aman ambil alih siasatan kes Zara Qairina | The Reporter

JSJ Bukit Aman ambil alih siasatan kes Zara Qairina

Kes kematian Zara Qairina akan diambil alih oleh JSJ Bukit Aman.
Zara Qairina

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dihantar ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam kenyataan memaklumkan, penghantaran pasukan ‘task force’ yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota itu adalah komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.

“PDRM memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa. Sehubungan itu, PDRM menyeru semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara profesional, serta mengelakkan membuat spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Allahyarhamah sebelum ini dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Kinarut pada 16 Julai lalu.

Beberapa hari lalu juga, proses bedah siasat jenazah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Sumber: Sinar Harian

Related Posts