Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang murid Tahun Dua di sebuah sekolah di negeri ini yang didakwa dipukul menggunakan pembaris kayu oleh seorang pendidik sehingga menyebabkan jarinya bengkak dan lebam.
Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, siasatan menyeluruh kini dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara (PPD SPU) bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, pihaknya sedang menunggu laporan penuh sebelum sebarang tindakan susulan diambil. Beliau mengesahkan satu pertemuan bersama waris murid telah diadakan bagi memberikan penjelasan mengenai tindakan yang diambil oleh pihak sekolah.
Beliau berkata, JPN Pulau Pinang akan meneliti laporan penuh berhubung kes berkenaan sebelum menentukan tindakan yang bersesuaian.
Dalam pada itu, murid terbabit juga akan dirujuk kepada unit bimbingan dan kaunseling selepas kembali hadir ke sekolah.
Baca juga:
- KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
- Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian
- Dihina dan dicemuh, anggota Bomba Sandakan kongsi situasi sebenar

Berdasarkan hantaran yang tular di Facebook, seorang wanita mendakwa anak lelakinya dipukul menggunakan pembaris kayu kerana terlupa menyiapkan kerja rumah.
Menurut wanita berkenaan, pembaris kayu tersebut terkena tangan anaknya sehingga menyebabkan jari murid itu bengkak dan dia mengadu sakit sebaik sahaja pulang dari sekolah.
Wanita itu turut mendakwa pihak hospital menasihatinya supaya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Sumber: Sinar Harian








