JPN nafi dakwaan kebocoran data MyKad di Dark Web | The Reporter

JPN nafi dakwaan kebocoran data MyKad di Dark Web

JPN nafi kebocoran data

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada sebarang insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistemnya, menurut kenyataan rasmi hari ini.

Hasil siasatan mendapati dakwaan kebocoran itu tidak berasas, dan JPN telah bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau isu ini dengan lebih lanjut.

“JPN akan memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia sentiasa terjamin,” jelas kenyataan tersebut.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa menjaga integriti data penduduk, termasuk maklumat MyKad, dengan teliti.

Ketua Pengarah NACSA, Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin, menjelaskan, analisis awal menunjukkan dakwaan itu bukan melibatkan pelanggaran data baharu.

Tambahan pula, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, mengesahkan tiada laporan diterima berkaitan isu tersebut, namun pemantauan berterusan dilakukan.

Terdahulu, akaun X Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa data MyKad 17 juta rakyat Malaysia telah bocor dan dijual di ‘dark web’, menimbulkan kebimbangan tentang risiko kecurian identiti serta penipuan kewangan.

Sumber: Bernama via Harian Metro

Related Posts