'JPJ, PDRM perlu hentikan pemberian diskaun saman kepada pesalah trafik' - Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya - The Reporter

‘JPJ, PDRM perlu hentikan pemberian diskaun saman kepada pesalah trafik’ – Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya

Gambar hiasan | Foto Berita Harian

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menghentikan pemberian diskaun saman kepada pesalah trafik.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, amalan tersebut hanya akan menyebabkan pengguna jalan raya tidak menghormati undang-undang.

“Malaysia satu-satunya negara (yang memberi diskaun). Saya tak pernah dengar negara lain memberi diskaun saman. Tidak ada. Negara jira kita pun tiada.

“Kita tak boleh gunakan alasan beri diskaun supaya orang bayar saman. Bila kita sebut sedemikian, ia seolah-olah memberikan mesej anda mahu duit mereka.

“Maklumat ini telah dihadam oleh orang ramai. Akhirnya undang-undang tidak dihormati,” katanya.

Justeru, Teik Hua berharap Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara) dipertingkatkan agar pesalah trafik yang banyak membuat kesalahan, lesennya akan dibekukan.

“Sistem pangkalan data JPJ dan Polis juga perlu dikongsi. Mereka tidak boleh menguruskannya secara berasingan kerana ia akan melemahkan kesan atau impak Sistem Kejara.

“Saya rasa ini salah satu cara efieisen bagi menyelesaikan masalah. Kalau tidak, semua orang tak takut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!