‘Jangan ganggu Kerajaan Perpaduan’ – Johari Abdul Ghani tolak spekulasi bakal ganti PMX | The Reporter

‘Jangan ganggu Kerajaan Perpaduan’ – Johari Abdul Ghani tolak spekulasi bakal ganti PMX

Johari Abdul Ghani menafikan spekulasi bakal menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
Johari Abdul Ghani menegaskan Kerajaan Perpaduan masih kukuh dan tidak perlu diganggu, sambil menolak spekulasi dirinya bakal ganti PMX

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan spekulasi kononnya beliau bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah cakap-cakap tidak berasas yang cuba mengganggu kestabilan politik sedia ada.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar masih kukuh dan tidak wajar diganggu hanya kerana segelintir pihak tidak berpuas hati.

“Saya nak beritahu, Kerajaan Perpaduan ini aman damai dan jangan ganggu gugat. Kalau tak puas hati, tunggu pilihan raya akan datang,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Baca juga:

Sokongan terhadap Johari hanya spekulasi?

Isu ini timbul apabila nama Johari disebut-sebut sebagai tokoh berpotensi menggantikan Anwar, susulan desas-desus dalaman mengenai ketidakpuasan hati beberapa pihak dalam kalangan elit politik.

Namun, ketika ditanya sama ada beliau mendapat sokongan ahli Parlimen, terutama dari UMNO, Johari menafikannya secara ringkas, “UMNO ada hanya 26 kerusi (Parlimen) sahaja.”

Pemerhati politik melihat spekulasi ini sebagai bayangan krisis keyakinan terhadap kepimpinan semasa, tetapi buat masa ini tiada petunjuk jelas wujud gerakan tersusun ke arah peralihan kuasa.

Related Posts