Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Nanas Manis meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapati jirannya berani membuka pagar rumahnya dan meletakkan kereta di dalam kawasan rumah tanpa kebenaran.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika dia pulang ke rumah yang tidak berpenghuni untuk membuat pemeriksaan. Namun, sebaik tiba, dia terkejut apabila mendapati ada sebuah kereta diparkir dalam kawasan rumahnya.
“Aku balik nak check rumah. Jiran dah buka pagar rumah dan parking kereta dia kat dalam sesuka hati. Sorry, nak ambil kereta, kena tunggu aku free. Kalau kunci itu dipotong, aku akan buat report polis,” tulisnya dalam hantaran di TikTok.
Individu tampil backup ‘Pak Tam’
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk daripada seorang netizen menggunakan nama ‘Warung Pak Tam’ yang menyarankan agar pengadu menyelesaikan isu itu secara baik.
- Mikhael luah rasa syukur ibu lafaz syahadah
- Model Rusia buat laporan polis, dirakam TikToker buat live berunsur lucah
- 45 pelajar cemerlang ditolak universiti Korea Selatan kerana rekod buli
- ‘Inspektor Sheila’ disiasat dakwa pertikai tindakan polis tahan warga Pakistan tiada lesen
- Kelantan dominasi sektor awam negara
“Kan awak boleh bagitahu Pak Tam suruh alihkan kereta. Kenapa tak nak bagitahu? Depan rumah je, bukan jauh pun. Saya tahu Pak Tam salah ceroboh rumah awak, tapi tak payahlah nak kecoh-kecoh. Hari raya, kan?”

Takkan tarik balik laporan polis
Namun, jawapan itu tidak menyenangkan Nanas Manis yang tampil mempertahankan dirinya dengan tegas.
“Dia buka pagar rumah aku, ada minta izin? Tak ada. Sekarang kau pula nak suruh aku jumpa dia untuk alihkan kereta tu? Masa aku datang, tak ada siapa pun keluar. Rumah aku diceroboh, mestilah aku marah. Cuba bayangkan kalau rumah kau jadi macam tu. Dah salah, lepas tu kau buat macam aku pula yang bersalah.”
Tambahnya lagi, dia tidak akan menarik balik laporan polis kerana tindakan jirannya itu jelas melampaui batas.

Dah minta izin dari suami pengadu?
Individu yang sama turut mendakwa bahawa Pak Tam telah mendapat izin daripada suami Nanas Manis untuk meletakkan kereta di situ. Namun dakwaan itu segera disangkal.
“Kau jangan buat fitnah. Aku dah tak ada apa-apa hubungan dengan bekas suami. Kalau betul dia dah minta izin, takkan aku nak marah dan viralkan? Aku balik tengok-tengok kereta dah dalam rumah.”
Dalam perkembangan terbaru, Nanas Manis memaklumkan kereta tersebut telah dikeluarkan dari rumahnya. Yang pelik, pagar masih berkunci dan mangga tidak rosak. Ada netizen yang berteori pemilik kereta mungkin telah mengangkat engsel pagar untuk mengeluarkan kenderaan itu secara senyap.
Isu menjadi semakin panas apabila individu terbabit menghantar mesej peribadi bernada memperlekehkan pengadu, termasuk menyentuh hal rumah tangganya. Seorang lagi individu turut menghantar mesej berunsur ugutan terhadap Nanas Manis.










