Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
18 Oktober lalu, Telegram Edisi Siasat mendedahkan seorang pegawai polis wanita memiliki seutas jam tangan mewah jenama Rolex.
Menurut sumber berkenaan, jam tangan Rolex Cosmograph Daytona Automatic Rose Gold Dial 18ct Everose Gold Men’s itu bernilai $47,463, bersamaan dengan RM226,801.
“Bila Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) nak siasa pegawai ini pulak?” kata pengendali Telegram berkenaan.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil menjawab dakwaan itu dan menjelaskan bahawa, pegawai berkenaan membeli jam tersebut dari sebuah premis di Genting Highlands, Pahang.
Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati jam tangan tersebut yang mirip dengan jam tangan jenama mewah itu di beli di Genting Premium Outlet (GPO).
“Pegawai wanita berkenaan menyerahkan resit pembelian dan membuktikan jam terbabit bernilai RM570.
“Pegawai kanan wanita itu berkhidmat di Pulau Pinagn dan sudah diberi bukti pembelian dan punca kewangan,” katanya.
Justeru, Azri meminta orang ramai tidak membuat sebarang tuduhan secara melulu sehingga menimbulkan kegentaran awam. Sebaliknya, memeriksa maklumat yang diterima sebelum menularkannya di media sosial.
Dalam masa sama, Azri mengalu-alukan orang awam menyalurkan maklumat kepada polis mengikut saluran yang betul dan akan menyiasat maklumat yang diberikan.
Sumber: Harian Metro, Edisi Siasat