'Jika saya menang ABPBH35, saya belanja makan tengah hari di bulan Ramadan' - Bell Ngasri | The Reporter

‘Jika saya menang ABPBH35, saya belanja makan tengah hari di bulan Ramadan’ – Bell Ngasri

Kredit foto : Bebas News

Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) sudah memasuki kali ke 35 penganjuran.

ABPH35 kali ini membawakan tema Ekspresi Legasi Seni yang akan berlangsung pada 21 Julai 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan diatayangkan secara langsung di saluran TV3 dan pelbagai platform lain.

Pelbagai kategori pencalonan yang telah dibuat dan pemenang akan ditentukan melalui pengundian daripada orang ramai.

Antara pencalonan yang menarik perhatian adalah bagi kategori artis komedi paling popular.
Seperti kita sedia maklum, kebanyakan kategori ini telah didominasi oleh pelawak-pelawak yang sudah menempa nama dalam industri dan juga rancangan realiti (komedi).

Namun begitu, pencalonan bagi kategori itu pada tahun ini agak mengejutkan buat selebriti, Bell Ngasri kerana dia tidak menyangka dia sendiri tercalon dalam kategori Top 5.

“Dengan julung-julung kalinya saya tercalon Top 5. Terkejut saya, tak pernah fikir pun benda ni.

“Saya mati-mati ingat calon BHP minyak. Jangan lupa undi saya, tak menang, tak apa. Top 5 pun alhamdulilah. Lawan pun kawan-kawan semuanya.

“Manifesto saya,insya-Allah kalau berjaya, saya belanja makan tengahari di bulan Ramadan,” katanya berseloroh.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pencalonan Bell Ngasri. Mereka menyatakan Bell merupakan antara selebriti yang menghiburkan dari zaman kecil hingga lah kini dan Bell layak memenangi anugerah.

“Bagi peluang Bell menang anugerah,dia menghiburkan kita dari kita kecil lagi sampai sekarang. Belum pernah menang anugerah,” kata netizen.

Sumber: Bell Ngasri, Sabahan Stories by Renanongyong

Related Posts