Jasa Monica Ting Siew Kwong diingati masyarakat Penampang | The Reporter

Jasa Monica Ting Siew Kwong diingati masyarakat Penampang

Seorang wanita dilaporkan menjadi mangsa korban pertama banjir di Penampang, Sabah.

Bagaimanapun, kisah wanita berkenaan perhatian ramai apabila dikatakan sempat berkhidmat dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas di Kawasan berkenaan.

Ketika kejadian, Monica Ting Siew Kwong, 37, bersama suaminya dikatakan baru saja selesai menghantar makanan kepada penduduk yang terperangkap dalam banjir di Pekan Donggongon pada awal pagi Isnin.

Bagaimanapun, ketika mereka dalam perjalanan pulang dan cuba melalui kawasan banjir berhampiran Bulatan Sigah, mangsa dikatakan telah dibawa arus. Suaminya cuba membantu dengan menarik tangannya tetapi gagal.

Difahamkan, suami mangsa ketika ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan panik sebelum memaklumkan isterinya hilang kira-kira 15 minit lalu.

Pencarian kemudian dilakukan bersama pasukan penyelamat. Suami mangsa tidak berhenti-henti memanggil nama isterinya di sepanjang lokasi pencarian.

Mayat mangsa akhirnya ditemui pada jam 8 pagi Isnin.

Di media sosial, ucapan takziah dan terima kasih diucapkan oleh netizen atas jasa mendiang bergadai nyawa demi membantu mangsa banjir.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts