'Jantan tu takde otak ke? Senang-senang je kahwin, kesian isteri dia' - Michael Ang - The Reporter

‘Jantan tu takde otak ke? Senang-senang je kahwin, kesian isteri dia’ – Michael Ang

“Kalau anak aku, la (sekarang) ni dah aku pasung kan,” demikian kata pengarah Michael Ang dalam hantarannya di Instagram yang dipercayai mengulas tentang isu anak pasangan selebriti, Marissa Dania Hakim berkahwin dengan Aslam, suami kepada Misya Mazlan, di Songkla, Thailand pada Disember 2023.

Menurut Michael, “Muda-muda, cantik-cantik pun nak jadi (isteri) nombor dua. Kalau aku la cantik macam tu dan muda, lambat lagi nak kahwin awal dan jadi penyondol.

“Kalau jantan itu elok (dari segi penampilan) dan kaya raya, bolehlah dipertimbangkan. Ini muka macam masih minta duit daripada mak bapak lagi.

“Kalau aku la, dah jadi artis atau influencer, serta enjoy being single life. Ini macam dah kena minyak dagu saja.

“By the way, jantan itu tak ada otak atau berhati perut ke? Senang-senang saja kahwin. Kasihan isteri dia. All I can say is, bodoh! Bodoh! Bodoh,” katanya menerusi hantaran di Instagramnya hari ini.

Media sosial sejak malam Khamis heboh mengenai dakwaan Marissa telah berkahwin dengan Aslam di Songkla, Thailand, tanpa pengetahuan isterinya yang ketika itu sedang mengerjakan umrah bersama keluarga.

Dakwaan itu turut disahkan oleh kakak ipar kepada Aslam, Nadiah Mazlan, yang memaklumkan perkahwinan kedua adik iparnya itu berlaku pada Disember 2023.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!