Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
‘Merokok membahayakan kesihatan’ antara laungan yang seringkali disebut oleh mana-mana pihak untuk menyedarkan perokok.
Bagaimanapun, kata-kata itu hanya seperti dibawa angin lalu malahan banyak wang telah dibelanjakan semata-mata untuk memenuhi ketagihan individu.
Ketagihan perokok bukan hanya dilihat menghembuskan nikortin,tar, karbon monoksida, bahan kimia lain di kawasan terbuka, malahan ada perokok yang memilih untuk merokok di dalam tandas.
Menjawab pertanyaan individu mengenai hukum merokok di dalam tandas, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus menjelaskan perbuatan tersebut ditegah dalam Islam.
“Hisap rokok ni jumhur ulama kata haram. Sebahagian ulama kata makruh.
“Kalau dah masuk dalam jamban, usah kan rokok, bersembang dalam jamban pun, Allah marah.
“Hadis kata Allah murka dua orang yang berbual-bual sambil buang air,” katanya.
Sumber: Media Islam