'Jangan tuduh zina pada seseorang, takut jadi Qazaf (tanpa bawa 4 orang saksi)' - Pendakwah jelaskan, tuduhan zina ini sangat berat, sedangkan dalam Islam perlu menutup aib tertuduh - The Reporter

‘Jangan tuduh zina pada seseorang, takut jadi Qazaf (tanpa bawa 4 orang saksi)’ – Pendakwah jelaskan, tuduhan zina ini sangat berat, sedangkan dalam Islam perlu menutup aib tertuduh

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dewan Rakyat semalam kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Putrajaya telah diarah keluar Dewan selepas mengganggu sesi penggulungan perbahasan dari Perdana Menteri.

Susulan itu juga, beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes.

Tular di media sosial, kata-kata yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya itu sehingga membuatkan masyarakat tertanya-tanya mengenai kewibawaan yang dibawakan oleh seorang Ahli Parlimen yang bergelar wakil rakyat.

Semasa sesi tersebut, Ahli Parlimen Putrajaya dengan lantang menuduh Perdana Menteri sebagai peliwat.

Tuduhan zina sangat berat

Mengulas isu ini seorang pendakwah melarang individu menuduh individu yang lain melakukan perbuatan itu.

“Jangan sebut macam itu, takut nanti jadi qazaf. Qazaf ini bermaksud kita tuduh orang tanpa membawa empat orang saksi.

“Tuduhan zina sangat berat walaupun kita dah nampak perbuatan itu berlaku. Tak cukup saksi, jangan bawa kes ke mahkamah,” katanya.

Menurut pendakwah ini lagi, dalam Islam kita perlu menutup aib seseorang dan hanya memberikan nasihat kepada tertuduh.

“Nak tuduh orang yang berzina ini, tertuduh menanggung malu sepanjang hayat.

“Sebab itu dalam Islam kalau boleh, nak tutup dosa-dosa zina. Kes berbeza dengan rogol,” katanya.

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!