Ketika cuaca panas, menikmati minuman sejuk berais memang menyegarkan. Namun, seorang doktor memberi amaran bahawa ketulan ais yang dimasukkan dalam minuman di restoran mungkin mengandungi risiko tersembunyi yang ramai tidak sedar.
Dr. Pedi Mirdamadi, seorang pakar naturopati dan pemakanan holistik dari Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa mesin ais di kebanyakan restoran adalah tempat pembiakan bakteria. Menurutnya, mesin ini jarang dibersihkan dengan kerap, menyebabkan bakteria terkumpul dan akhirnya masuk ke dalam badan apabila ais mencair dalam minuman.
- Aliff Daniel, ibu ditahan JAIS, 14 individu lain bakal dipanggil bantu siasatan
- Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu
- ‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim
- Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Cheras-Kajang
- ‘Mak cik nak jalan kaki, anak kemalangan’ – Pilu ibu kehilangan anak tunggal lelaki
“Banyak restoran menggunakan mesin ais yang tidak dibersihkan secukupnya. Ini menyebabkan bakteria berkembang biak, dan apabila ais mencair dalam minuman, kuman tersebut boleh memasuki badan kita,” katanya dalam satu video di TikTok.
Beliau turut mencadangkan agar pelanggan bertanya sama ada ais yang digunakan dibuat daripada air yang ditapis atau tidak. “Kalau kita sanggup bayar lebih untuk air botol, kenapa pula kita masukkan ais dari air paip dalam minuman kita?” tambahnya.
Selain isu kebersihan, Dr. Mirdamadi juga menjelaskan bahawa minuman terlalu sejuk boleh memperlahankan proses pencernaan dan meningkatkan risiko asid refluks.
Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang menganggap ia berlebihan kerana sudah bertahun-tahun mengambil ais tanpa sebarang masalah. Namun, tidak kurang juga yang menyokong dan memilih untuk tidak mengambil ais dalam minuman di restoran.








