Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Susulan dikecam ramai pihak, usahawan kontroversi Datuk Aliff Syukri tampil memohon maaf berhubung dengan satu klip video raya.
Permohonan maaf tersebut bukan hanya dibuat kepada netizen, malahan dia turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibunya yang dikenali sebagai Bonda Rozita.
“Saya minta maaf. Walaupun kecik hati sebab dah banyak saya bayar untuk lagu ni, tapi korang semua tak tengok full lagi video tu tapi dah kecam melampau.
“Saya tak nak bersedih dan marah atau salahkan sesiapa, saya salahkan diri saya saja,” katanya.
Dalam pada itu juga, dia menyatakan sudah menurunkan hantaran klip ringkas video raya tersebut.
Sementara itu, ibu kepada Aliff Syukri turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan anaknya itu. Dia menyifatkan lagu-lagu tersebut sebagai tidak bermoral dan berakhlak.
“Jangan hinakan diri untuk sebuah konten. Apa ada dengan lagu raya! Dia haram tetap haram Sudah sudah lah tu. 10 malam terakhir kejar lailatur Qadr kamu lancarkan video lagu bodoh tak berakhlak. Mana malu? mana letak maruah? Ambik peluang hidup cari kemanisan dan kesungguhan. Taubat, Kri.
“Maaf Mak tegur terbuka. Mak tak kuat, dah. Orang cakap mak tak didik anak. Nak ke jadi orang kaya tapi miskin jiwa dan sensitiviti,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut juga, bonda Rozita supaya anaknya menurunkan hantaran tersebut.
“Semua orang tak suka tengok. Jangan jadi orang yang nama Islam tapi tak cerminkan akhlak Islam. Delete semua video tu.
“Gaza, huru-hara, kemiskinan, kemarau berpanjangan, bala Allah tanpa henti. Tak takut ke?’ katanya.