Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Ini semua kaedah pemasaran songsang,” demikian dedah Dr. Azizul Azli Ahmad, menggulas mengenai beberapa beberapa ahli perniagaan/usahawa yang seringkali mencari publisiti di media sosial dengan kaedah yang negatif demi meraih keuntungan.
Jelas beliau, kaedah ini telah lama wujud dan contoh terbaiknya adalah Donald J. Trump yang menggunakan kaedah yang sama untuk memenangi hati pengundi sehingga beliau dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Untuk penjelasan yang lanjut, baca dan hadam penjelasan Dr Azizul. Semoga bermanfaat.
JANGAN BENCI DS VIDA DAN BOY IMAN
Mari kita mulakan tahun baru ini dengan kurangkan rasa saling benci membenci sesama kita. Semakin kita benci semakin hati kita tertanya tanya khabarnya. Kita selalu dengar kisah lelaki yang paling dibenci akhirnya jadi suami yang kita paling sayangi.
Formula ini juga digunakan oleh ahli politik hari ini. Semakin dibenci, semakin menang pilihanraya. Hari ini lagu Dato Boy Iman baru dilancarkan, mari kita layan dengan penuh kasih sayang kawan.
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad









