JAKIM akan panggil Harith Iskander untuk beri penjelasan posting 'Ham' - The Reporter

JAKIM akan panggil Harith Iskander untuk beri penjelasan posting ‘Ham’

Jakim panggil Harith Iskander

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pelawak terkenal Harith Iskander untuk memberi penjelasan berhubung hantaran media sosialnya yang didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, berkata tindakan lanjut juga telah diambil dengan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, pihak Jakim memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang menyentuh sensitiviti agama Islam.

“Jakim menyeru masyarakat agar bertenang dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Semua pihak juga disarankan untuk terus mengamalkan sifat hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Baru-baru ini, Harith memuat naik hantaran di Facebook yang memaparkan menu kedai kopi dengan item bernama ‘Ham Sap Kopi’. Dalam hantaran tersebut, dia secara sinis menyentuh isu ‘ham’ yang sebelumnya menjadi tular apabila sebuah kedai serbaneka menjual sandwic dengan nama sama tanpa sijil halal sah di sebuah institusi pengajian tinggi.

Melalui hantaran itu, Harith menyatakan kekeliruannya terhadap nama menu tersebut yang didakwanya boleh menggugat keimanannya. Dia turut menyebut bahawa nama menu tersebut mengelirukan sama ada ia untuk dimakan atau diminum.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!