JAIM tamatkan perkhidmatan setiausaha masjid terpalit video tular | The Reporter

JAIM tamatkan perkhidmatan setiausaha masjid terpalit video tular

JAIM tamatkan perkhidmatan setiausaha masjid susulan video tular.
Gambar: Facebook Datuk Rahmad Mariman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menamatkan perkhidmatan setiausaha sebuah masjid di Bukit Baru susulan penularan rakaman video lucah yang mencetuskan kontroversi di media sosial.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid (JKTU) yang diadakan pagi tadi, selepas individu terbabit mengemukakan surat peletakan jawatan kepada JAIM.

Menurutnya, peletakan jawatan tersebut diterima sekali gus menamatkan tugas individu berkenaan sebagai setiausaha masjid serta pengerusi sebuah surau kampung di Paya Ikan, yang kedua-duanya merupakan lantikan di bawah JAIM.

Baca juga:

Rahmad juga memaklumkan status imam rawatib yang dipercayai merakamkan video berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa masjid kerana pelantikannya tidak dibuat oleh JAIM, sebaliknya oleh pihak pengurusan masjid dengan elaun dibayar oleh jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, individu yang menyebarkan rakaman video berkenaan masih belum dikenal pasti.

Terdahulu, sebuah video berdurasi hampir dua minit tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai berada di dalam pejabat sebuah masjid di Bukit Baru, yang didakwa sedang menonton video lucah, sebelum dirakam oleh individu lain pada 27 Disember lalu.

Sumber: Berita Harian

Related Posts