'Jadi smart macam daddy, nak pergi private parti, berjimba tak perlu share di media sosial' - Azhar Sulaiman titip nasihat buat Leona - The Reporter

‘Jadi smart macam daddy, nak pergi private parti, berjimba tak perlu share di media sosial’ – Azhar Sulaiman titip nasihat buat Leona

Beberapa hari lalu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, memuat naik videonya bermandi manda bersama rakan-rakannya. Apa yang mengundang perhatian ramai adalah, penampilan Leona dengan bikini berwarna putih.

Walaupun pemandangan itu sudah menjadi kebiasaan di luar negara, tetapi netizen khususnya pengikutnya di media sosial menasihatkan Leona memakai pakaian yang tidak menjolok mata, selain perlunya menjaga maruah diri dan keluarga.

Menyedari video itu mengundang kecaman dan komen lelaki gatal, Leona telah memadamkan video tersebut. Bapanya, Azhar Sulaiman juga tidak sempat menonton video tersebut, namun bersyukur anak perempuannya telah memadamkan video kontroversi berkenaan.

Dalam pada itu, Azhar juga berkongsi ‘tips’ dengan Leona bagaimana dia masih bertahan dalam industri hiburan sehingga kini.

“First of all, kena smart. Kebanyakan orang yang mengikuti kita adalah orang Melayu dan muslim. Jadi, kena sensitif dengan content yang nak dikongsikan.

“Kedua jadi smart macam daddy. Kalau daddy nak pergi parti ke, berjimba ke, private parti ke, daddy tak share di media sosial. So I’m smart you know and you pun also do the same lah,” katanya.

Azhar menasihatkan Leona tidak memberitahu perkara berkenaan kepada ibunya yang tidak mempunyai akaun TikTok.

“Jangan beritahu ibu tentang perkara ini sebab ibu tak ada TikTok. Jaga diri, jadi budak baik,” ujarnya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!