'Itu bukan saya, terpulanglah nak percaya atau tidak' - Mia Sara nafi buka tudung untuk enjoy di kelab malam - The Reporter

‘Itu bukan saya, terpulanglah nak percaya atau tidak’ – Mia Sara nafi buka tudung untuk enjoy di kelab malam

Terpalit dengan dakwaan membuka tudung semata-mata untuk berhibur di kelab malam baru-baru ini, pelakon Mia Sara Nasuha tampil membuat penafian. 

Dalam temubual bersama HLive, remaja berusia 17 tahun itu menjelaskan dia terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu sehingga mendapat banyak panggilan dari kenalannya. 

“Zaman sekarang, fitnah atau apa-apa adalah.. lagi-lagi zaman social media, ini adalah benda yang biasa berlaku. Orang boleh saja meletak gambar ini, gambar itu apa semua. Jadi saya di sini nak mengatakan itu bukan saya. Tapi kalau nak percaya, percaya. Kalau tak nak percaya, tak apa. 

“Saya sendiri pun terkejut apabila mendapat panggilan daripada sini sana, tengok macam.. tak tahu (dakwaan itu) daripada sumber mana datangnya semua dakwaan ini. 

“Jadi saya menerimanya dengan hati terbuka. Kalau saya cakap lebih-lebih pun, nampak macam saya yang salah. Terpulanglah sama ada orang nak percaya, percayalah. Kalau mereka nak teruskan spekulasi, teruskan.. menuduh ke, memfitnah ke, terpulang kepada mereka,” katanya. 

Sementara itu, bapa kepada Mia Sara, Muhammad Ridhuan juga menggesa orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan tersebut kerana anaknya tidak melakukan perbuatan itu. 

“Saya harap ia berakhir di sini sahaja. Gambar dan video tersebut bukan anak saya. Saya tak faham kenapa perlu dikaitkan dengan anak saya. 

“Saya harap berhenti sebarkan spekulasi ini, lagi-lagi kita berada dalam bulan Ramadan,” katanya. 

Sumber: Hlive

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!