Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Azhan Md Othman menegaskan Tentera Darat Malaysia (TDM) berkeupayaan mengurus dan mengawal situasi berkaitan isu tular di media sosial yang didakwa melibatkan pegawai tentera.
Menurut beliau, dakwaan berkenaan dipercayai hanya berlaku dalam skala kecil atau bersifat terpencil. Sehubungan itu, semua anggota Tentera Darat diminta agar kekal tenang dan terus bersatu padu demi menjamin keselamatan negara.
“Saya mohon semua anggota Tentera Darat supaya bertenang. Saya yakin keadaan ini boleh dikawal. Apa yang berlaku berkemungkinan melibatkan kes-kes terpencil, namun kita mesti kekal bersatu dan memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara,” katanya.
Baca juga:
- ‘Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri’ – Akmal Saleh
- Ahli Politik Singapura puji kepimpinan PM Anwar
- ‘Isu tular didakwa libat pegawai tentera bersifat terpencil’ – PTD
Terdahulu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan yang tular di media sosial berhubung kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral yang didakwa berlaku di dalam kem tentera.
Menurut kenyataan itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman secara segera dan menyeluruh bagi menilai kesahihan dakwaan terbabit.
MINDEF turut menegaskan bahawa dakwaan berkenaan tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang selama ini berteraskan disiplin tinggi, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.
Sumber: Astro Awani









