Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru orang Melayu untuk memandang lebih jauh daripada perbezaan pendapat dan fokus kepada isu-isu yang lebih besar yang mempengaruhi dunia hari ini.
Beliau menekankan masyarakat terutamanya orang Melayu, perlu membincangkan tentang isu semasa seperti penguasaan kecerdasan buatan (AI), digital dan tenaga yang kini menjadi persaingan global.
Anwar juga menyentuh tentang isu stoking yang telah menjadi perhatian negara sejak dua minggu lalu, dan menegaskan isu tersebut akan diuruskan oleh pihak berkuasa.
“Kalau kes stoking saya beritahu tadi, siasat, kalau betul salah, tangkap dan dakwa. Tutup buku, maju terus.
“Jangan sampai berminggu-minggu, semua hendak jadi pahlawan, kerja tak jalan,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan dalam proses siasatan berkaitan isu stoking tersebut.
“Kia serah pada siasatan profesional. Namun pada masa sama kerajaan tetap berpendirian bahawa tiada tolak ansr terhadap perbuatan sedemikian terutamanya yang melibatan agama Islam, agama Persekutuan di negara ini.
“Namun bukan agama Islam sahaja, termasuklah menghina mana-mana kaum dan agama lain, ia tiada tolak ansur,” ujarnya.








