Isu masa menunggu di Klinik Ortopedik Hospital Sungai Buloh, KKM tampil beri penjelasan | The Reporter

Isu masa menunggu di Klinik Ortopedik Hospital Sungai Buloh, KKM tampil beri penjelasan

Luahan orang awam mengenai masa menunggu di Klinik Ortopedik Hospital Sungai Buloh
KKM tampil memberikan penjelasan mengenai isu masa menunggu di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sungai Buloh. Gambar: Clinical Research Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, tular di media sosial luahan orang ramai mengenai masa menunggu yang lama di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Luahan itu turut disertakan dengan satu notis yang dikeluarkan oleh pihak klinik, memaklumkan bahawa jumlah pesakit yang tinggi serta kekangan tenaga kerja menjadi punca kelewatan perkhidmatan.

“Jumlah pesakit 300 orang, tiga pegawai perubatan dan seorang pakar perubatan,” demikian kandungan notis tersebut yang dikongsikan netizen.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pada tarikh berkenaan, seramai 158 pesakit hadir ke klinik itu, dan mereka telah dikendalikan oleh tiga pakar serta tiga pegawai perubatan, mengikut jadual dan kapasiti sedia ada.

“Merujuk kepada situasi pada 30 Jun 2025 di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sungai Buloh, pihak kami telah mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak hospital. Berdasarkan semakan, seramai 158 pesakit hadir pada hari tersebut.

“Klinik dikendalikan oleh tiga pakar dan tiga pegawai perubatan, mengikut jadual dan kapasiti sedia ada,” menurut kenyataan itu.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1940593061027107040

Tambah kenyataan itu lagi, anggaran kehadiran lebih 300 orang yang tular di media sosial turut mengambil kira ahli keluarga atau penjaga yang menemani pesakit.

“Anggaran kehadiran lebih 300 orang seperti yang tular turut merangkumi ahli keluarga atau penjaga pesakit. Ini merupakan amalan biasa di fasiliti kesihatan awam, khususnya bagi pesakit warga emas dan kanak-kanak.

“KKM memahami kesulitan yang dihadapi pesakit dan keluarga, khususnya berkaitan tempoh menunggu. Kami juga sedar beban kes di hospital rujukan seperti Hospital Sungai Buloh adalah tinggi, dan usaha penambahbaikan sedang dilaksanakan secara berterusan bagi mempertingkatkan pengurusan aliran pesakit,” tambah kenyataan itu lagi.

Related Posts