'Isu KWSP, kita belajar dari kesilapan & ambil pengajaran' - Shuib luaskan perniagaan, buka restoran House of Patin di Melaka - The Reporter

‘Isu KWSP, kita belajar dari kesilapan & ambil pengajaran’ – Shuib luaskan perniagaan, buka restoran House of Patin di Melaka

Sumber gambar: Instagram Shuib

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Setelah mengumumkan pengunduran dari Suria FM, selebriti terkenal, Shuib kini mengorak langkah dengan meluaskan perniagaannya dengan membuka restoran House of Patin di Jalan Kampung Hulu, Melaka.

Majlis Perasmian House Of Patin telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abd. Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Isnin.

Menurut Shuib, restoran tersebut merupakan perniagaan bersama dua lagi rakan kongsi Max Koh dan Ahmad Daniar, yang merupakan pengasas House Of Patin-Restoran Lipis di Kuala Lumpur.

Katanya, perancangan dan perbincangan untuk membuka restoran berkenaan telah dilakukan sejak tahun lalu apabila Daniar meluahkan hasrat untuk menambah cawangan di negeri lain.

“Saya sudah lama kenal Daniar, tekak pun dah lima tahun asyik makan patin tempoyak restorannya jadi memang sentiasa cari peluang untuk bekerjasama.

“Kedai ni memang kita bawa menu asal House Of Patin – Restoran Lipis dengan seleksi ikan jenis biasa sehingga ‘kayangan’,” katanya.

Walaupun sebelum ini beliau berdepan dengan isu kelewatan membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya, namun perkara itu tidak menghalangnya untuk terus maju ke depan. Sebaliknya dia menyatakan perkara tersebut diambil, sebagai pengajaran daripada kelemahan pengurusan pihaknya.

“Kita belajar daripada apa yang mungkin tidak ‘proper’, ada kesilapan atau terlepas pandang, kita terus bergerak ke depan.

“Saya akan teruskan selagi mana saya rasa buat benda yang betul, dugaan itu biasa dan saya sentiasa ambil pengajaran daripada apa yang berlaku,” katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!