Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selebriti terkenal, Azwan Ali mencabar pihak pengurusan radio swasta tampil memohon maaf susulan penularan video yang mencetuskan kontroversi beberapa hari lalu.
Katanya manifesto yang dibuat oleh salah seorang penyampai radio itu yang diundi sebagai Penyampai Radio Popular tidak bersesuaian apatah lagi ketika ke udara.
“Walaupun aku bukan penyokong, tapi aku tak kutuk secara live macam tu. DJ lain pun ketawa, memang rakyat marah.
“Kenapa padam video? Come forward la. Aku cabar pengurusan keluar mintak maaf,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X.
Katanya lagi dia tidak mempunyai masalah dengan penerbit radio dan juga penyampai radio yang lain tetapi tindakan yang dibuat oleh penyampai radio ketika siaran ke udara itu tidak boleh diterima.
Terdahulu, salah seorang penyampai radio berkenaan mempromosikan dirinya sebagai calon dalam satu anugerah dan menggunakan manifesto yang telah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini.
Susulan itu, ramai yang memberikan reaksi kurang senang dengan tindakan itu dan bertindak mahu memboikot stesen radio berkenaan.








