Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Isu melibatkan pelakon muda, Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha, kembali mencetuskan perhatian apabila Balqis tampil membuat beberapa dakwaan terbuka di media sosial yang menyentuh soal maruah keluarga, pengalaman silam dibuli serta perbezaan antara imej peribadi dan paparan di khalayak.
Luahan berkenaan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, sementara pihak pengurusan Mia Sara pula memilih untuk tidak memberi sebarang komen buat masa ini dan menunggu masa sesuai sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.
“Kami diam bertahun, tapi luka itu ada”
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Puteri Balqis atau Aqish mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika masih kecil, termasuk di set penggambaran.
Menurut Aqish, dia dipandang rendah kerana dianggap “budak” dan tidak cukup terkenal, malah diketawakan dari segi penampilan, solekan serta pakaian yang disediakan ibunya.
“Saya dibuli di set shooting oleh yang menganggap mereka hanya ‘budak’. Tak ada siapa percaya saya dibuli waktu itu. Saya diketawakan, mekap saya, baju yang ibu saya beli pun diketawakan,” tulisnya.
Aqish turut mendakwa keadaan itu menyebabkan dia dan keluarganya memilih untuk berdiam diri bertahun-tahun lamanya, walaupun menanggung tekanan emosi.
“Bertahun saya mengharapkan ada yang tahu apa yang saya kena. Bila kami cakap, kami dikatakan suka cari gaduh. Over. Jadi kami diam,” luahnya lagi.
Baca juga:
- ‘Saya cari lelaki soleh yang boleh membimbing saya’ – Ameera Khan
- Pelakon Along Eyzendy ditidurkan selepas keadaan kesihatan merosot
- Shahrol Shiro tegur beat stand up comedy Harith Iskander
Dakwa ibu dipersenda
Dalam luahan sama, Aqish mendakwa ibunya, Norashikin Abdul Aziz, turut menjadi sasaran kata-kata dan sindiran, termasuk diperkatakan secara terbuka di media sosial.
“Secara terbuka kau komen kata mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku. Kau ‘like’ komen yang berunsur penghinaan terhadap aku dan mak aku. Untuk apa kau buat semua itu?” tulisnya.
Aqish juga mendakwa wujud cubaan memperdaya ibunya menggunakan namanya sebagai alasan tawaran kerja, selain menegaskan keluarganya tidak wajar dikhianati secara senyap.
“Kami diam bertahun. Semua orang tahu keluarga kami teruk, kucar-kacir, huru-hara. Tapi tak perlu khianat keluarga kami dalam diam,” katanya.
Dakwaan ‘clubbing’ tular
Kontroversi itu melebar apabila Aqish turut menyentuh isu perbezaan antara kehidupan peribadi dan imej yang dipaparkan di media sosial, yang menurutnya tidak selari. Menerusi Instagram Story, Aqish menafikan dakwaan negatif terhadap ibunya sambil memulangkan semula tuduhan tersebut.
“Yang kaki club bukan mak aku. Yang kaki botol bukan mak aku. Yang makan dadah bukan mak aku. Itu kau. 100 peratus kau,” tulisnya.

Susulan itu, beberapa hantaran di Threads dan platform lain menjadi tular apabila wujud dakwaan mengaitkan Mia Sara dengan aktiviti hiburan malam. Namun, dakwaan tersebut dilaporkan sebagai tular di media sosial dan tidak disertai sebarang pengesahan rasmi.
Aqish kemudiannya menuntut agar satu permohonan maaf dibuat kepada ibunya, sambil menyatakan bahawa luahan tersebut dibuat selepas lama memilih untuk berdiam diri.
Baca juga:
- Sabun tular berasaskan khinzir tidak dipersijilkan halal JAKIM
- Waytha Moorthy beri 48 jam kepada Anwar jelaskan dakwaan isu perkauman
- Anak Malaysia berjaya jual AI.com RM276 juta kepada CEO Crypto
Pengurusan Mia Sara enggan ulas
Sementara itu, wakil pengurusan Mia Sara daripada Xeno Entertainment memaklumkan bahawa pihak mereka mengambil keputusan untuk tidak mengulas isu berkenaan buat masa ini.
Menurut jurucakap syarikat itu, mereka tidak pasti sejauh mana isu berkenaan akan berkembang dan berpandangan bahawa mengeluarkan komen ketika ini tidak membantu.
“Jika dan bila masa yang tepat sampai, serta selepas apa bentuk tindakan perlu diambil, barulah kami akan jelaskan berkenaan isu terbabit,” menurut kenyataan itu.
Sumber: Instagram Puteri Balqish / Harian Metro










