Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tepat di hadapan katil si isteri, ada pesakit lain. Berkulit gelap dan saya sangka mereka berbangsa India. Tetapi dari segi bahasa perbualan mereka, ternyata itu bukan bahasa tamil.
Selesai urusan dengan doktor, tergerak hati saya untuk menghampirinya lalu saya bersalam dan bertanya khabar. Namanya Muhammad Abrar. Abrar menceritakan bahawa isterinya telah bersalin pada 6 Disember dan mereka dikurniakan zuriat lelaki yang sihat, kemerahan dan sangat comel dengan berat 2.29 kilogram.
Hendak dikatakan buta, bimbang agak keterlaluan pula. Tetapi itulah kondisi isterinya sekarang. Matanya terbuka tetapi hanya kegelapan yang dilihatnya. Doktor juga tidak tahu apa punca isterinya menjadi begitu.
Pemeriksaan CT Scan telah dilakukan semalam yang menelan belanja RM916. Kos bersalin pula RM2,200. Abrar merayu agar bayaran dibuat secara ansuran, maklumlah mereka hanya bekerja sebagai pemotong rumput dengan gaji kurang dari RM1,000 katanya.
Saya menarik hela nafas yang panjang. Tanpa disangka air mata mula membasahi pipi. Saya nekad mahu membantu Abrar.
- Bersalin – RM2,200
- CT scan – RM916
- MRI – RM4,000+
- Kos ubatan lain – belum tahu.
Jika setiap seorang dari 200 orang memberi sumbangan RM30, kita akan memperolehi RM6,000. Ini belum termasuk kos-kos belian barang anak kecilnya. Mungkin RM30 itu sedikit bagi kita tetapi saya percaya ia satu jumlah yang besar buat Abrar dan isterinya.
Inilah masanya rakan-rakan sekali, kita bantu Abrar. Dia muslim Rohingya, dia saudara kita dan ini adalah tanggungjawab kita bersama. Dia adalah kita dan kita adalah dia. Marilah bersama-sama kita tanam benih-benih saham untuk kita ke syurga kelak.










