Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ramai wanita masuk ke alam perkahwinan dengan harapan bahawa kasih dan tanggungjawab akan dikongsi bersama. Namun semakin hari, semakin ramai yang tersedar bahawa beban itu hanya jatuh di satu bahu. Dari urusan rumah hingga anak-anak, dari dapur ke bilik tidur, semuanya diurus oleh isteri. Sementara suami pula mula melepaskan tangan, selesa dengan rutin dan tanggapan bahawa itu semua โkerja isteri.โ
Pada awalnya, cinta menjadi bahan bakar yang mengekalkan semangat. Isteri terus bertahan dengan harapan keadaan akan berubah. Namun lama-kelamaan, kasih yang dulunya manis mula bertukar menjadi tanggungjawab yang berat. Dia tidak lagi dilihat sebagai pasangan hidup, tetapi lebih kepada penjaga rumah tangga.
Bila Cinta Jadi Tugas, Isteri Jadi Mangsa
Ramai isteri yang dulu tersenyum sewaktu menyiapkan sarapan kini menangis dalam diam setiap malam. Mereka bukan menangis kerana tidak mampu, tetapi kerana penat menjadi kuat sendirian. Suami yang sepatutnya menjadi pelindung hanya pulang untuk berehat, bukan membantu.
Lebih perit apabila pengorbanan bertahun-tahun itu langsung tidak dihargai. Ketika keadaan ekonomi keluarga sudah stabil, ketika anak-anak sudah membesar, suami tiba-tiba berubah. Mulut manis dulu kini jadi dingin, pandangan yang pernah penuh kasih kini hilang arah.
Baca juga:
- Bekas wartawan FMT Rex Tan ditahan susulan soalan kontroversi
- Kerajaan tarik balik bantuan STR & SARA selepas lelaki ini kantoi miliki enam hartanah
- ‘Tolong beritahu Presiden kamu, kami hanya ada minyak masak’ – Komen lucu rakyat Malaysia
Bila dah senang, isteri ditinggal
Perubahan itu sering bermula dengan alasan kecil. Kononnya bosan, tidak serasi, atau sudah tiada โrasaโ. Padahal selama bertahun-tahun, isteri yang sama itulah yang menjadi tulang belakang dalam setiap susah payah. Dialah yang berjaga malam, yang berjimat untuk bayar bil, yang menutup aib suami di mata keluarga dan masyarakat.
Namun apabila hidup mula senang, suami yang dulunya bergantung pada isteri mula mencari keseronokan baru. Ada yang mendekati rakan sekerja, ada yang bermain cinta di media sosial, ada juga yang perlahan-lahan meyakinkan diri bahawa kehadiran orang ketiga itu โrezeki baharu.โ
Akhirnya, isteri yang membina segalanya dari bawah menerima โhadiahโ paling menyakitkan โ talak dan kehadiran orang baru yang dirai seolah-olah pemenang.
Lirik lama, realiti kini
Seperti bait dalam lagu Sebelum dan Sesudah nyanyian Senario, โSebelum berkeluarga, jalan-jalan berpimpin tangan. Pegang bahu tak mahu lepas. Sesudah anak tiga, dah mula rasa, nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas. Suami sebatu di depan, isteri di belakang.โ
Lirik itu kini bukan sekadar hiburan. Ia menjadi realiti dalam banyak rumah tangga hari ini, apabila suami semakin jauh dan isteri semakin letih mengejar perhatian yang sudah tiada.
Luka yang tak nampak
Isteri yang ditinggalkan tidak sekadar kehilangan suami, tetapi juga maruah dan keyakinan diri. Mereka terpaksa menjelaskan kepada anak-anak kenapa ayah tidak lagi di rumah. Mereka belajar menelan aib demi menjaga nama keluarga. Dalam hati, mereka tahu cinta yang dulu dibina dengan air mata kini dihancurkan dengan mudah oleh orang ketiga yang tidak pernah tahu erti pengorbanan.
Dan ironinya, orang ketiga itu sering diraikan seolah-olah dialah kebahagiaan sebenar, sedangkan di sebalik semua kesenangan itu, ada air mata wanita yang pernah berkorban segalanya.
Jangan biarkan sejarah berulang
Perkahwinan bukan hanya tentang mencari pasangan, tetapi tentang mengekalkan janji. Lelaki yang benar tidak akan membiarkan wanita yang membesarkan anak-anaknya menangis sendirian. Dia tidak akan lupa siapa yang berdiri di sebelahnya ketika dunia memalingkan muka.
Kepada suami, hargailah isteri yang telah bersama sejak mula. Jangan tunggu dia pergi baru terasa kehilangan. Dan kepada isteri, ketahuilah bahawa kekuatanmu bukan diukur dengan sejauh mana kamu bertahan, tetapi sejauh mana kamu berani melepaskan orang yang tidak lagi layak menerima cintamu.








