Isteri maut & suami sesak nafas, kereta hilang kawalan terbabas ke dalam sungai | The Reporter

Isteri maut & suami sesak nafas, kereta hilang kawalan terbabas ke dalam sungai

Sumber Gambar: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita warga emas maut dilaporkan maut selepas kereta yang dipandu suaminya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai ketika melalui jambatan Balok Makmur, Kuantan, Pahang.

Suami mangsa pula mengalami sesak nafas dan telah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Paridah Dollah, 67 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, pasangan suami isteri yang merupakan pesara, menaiki kereta Proton Saga BML berwarna biru dari arah Balok Makmur menghala ke Seberang Balok.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu, hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam sungai.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, siasatan mendapati punca kemalangan adalah kerana gagal mengawal kenderaan ketika melalui jalan satu lorong dua hala, garisan pembahagi jalan tiada dan jalan sempit.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts